Rabu, 12 Mac 2014

Atkins Ej : Contoh Menu Sepanjang Beratkins

Selamat Pagi dan Happy Atkins

Meraikan hari ke 100 Ber Atkins.. alhamdullilah syukur dengan nikmatMU







Contoh Sarapan / Breakfast

  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Contoh Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Contoh Sarapan / Breakfast

  1. 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. (0.6 hingga 1 gram karbohidrat)
  2. 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carb ialah 10.1gm setiap 2 keping.
  3. Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. (0.5 karbohidrat)

Contoh Makan Tengahari

  1. Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) (0 gram karbohidrat)
  2. ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). (0 gram karbohidrat)
  3. Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat (0.2 - 1 gram karbohidrat)
  4. any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..Lebihkan sayur2 hijau dan fresh.
  5. ATAU makan salad sekali lagi

Contoh Makan Tengahari / Malam


Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

  1. Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
  2. Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
  3. Daging goreng kering
  4. ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
  1. 1 keping Cheddar cheese
  2. atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
  3. 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
  1. Air biasa
  2. Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula 
  3. Cuka Epal - 1 sudu di campur segelas air sejuk dari peti ais...

TAMBAHAN:

Garam dan Minyak tidak ada masalah dalam diet Atkins. Kerana kedua-duanya mempunyai 0 Carb. Cuma berpada-padalah dalam mengambilnya. ini kerana atas dasar menjaga kesihatan.

Nota: Carb = Karbohidrat

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya.... saya baru start berdiet Atkins... santan tak boleh makan yer?... sbb tgk kat santan kotak tu tulis 100ml = 2g carb

Cpot Cdot berkata...

Nak tanya jugak. klau Hotdog leh makan ke?

Tanpa Nama berkata...

sy bru mula 2 hari... harap boleh menjdi..cume pnt dgr org sekeliling mengejek dan memperlekeh usaha nk diet..huhuhu..thx for this entry... :)

Unknown berkata...

Nak tanya saya nk ikut plan ni tapi sedang ambil pil darah tinggi bolehkah saya ikut atau plan lai

Unknown berkata...

Nak tanya saya nk ikut plan ni tapi sedang ambil pil darah tinggi bolehkah saya ikut atau plan lai